Wednesday, March 26, 2014

Otak menjadi aktif dengan zikir yang berulang-ulang.

Tahukah anda
==============

Zikir juga dapat menambah rezeki anda?
Rezeki bukan hanya sekadar wang atau duit.Otak yang aktif juga rezeki dari Allah.

Subhanallah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Allahumma Solli Ala Muhammad

==================================
Otak menjadi aktif dengan zikir yang berulang-ulang.
==================================
Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

 Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

credit to : Juliazira Jamain
credit to : http://ustaznaim.blogspot.com

No comments:

Post a Comment