Harini seharian sibuk menguruskan permit Pembantu Rumah Asing.(PRA).
Rupanya prosedur still tidak menepati sasaran.
Saya ke FOMEMA Shah Alam untuk membayar FOMEMA maid..
Tapi takde calling visa.
Pembyaran telah di buat guna cimb clicks..Rupanya bukan begitu caranya.
http://www.imi.gov.my/images/PembantuRumahAsing/Carta%20alir%20Indonesia.pdf
Peraturan baru berkuatkuasa OKTOBER 2013 berkenaan pembantu rumah asing.
Kos agent rm8000!!!
Ketua Pengarah Imigresen Malaysia
Ibu Pejabat Imigresen Malaysia
Kementerian Dalam Negeri
No. 15, Tingkat 1-7, (Podium)
Persiaran Perdana, Presint 2
62250 PUTRAJAYA
YBhg Dato’
PERMOHONAN UNTUK JOURNEY PERFORMED VISA (JP VISA)
1.
Terima kasih kepada YBhg Dato’ kerana sudi meluangkan
masa untuk mempertimbangkan permohonan saya ini. Saya seperti nama di atas ingin memohon jasa
baik YBhg Dato’ untuk meluluskan permohonan JP Visa ini untuk permohonan
pembantu rumah asing yang telah memasuki Malaysia pada 29 Januari 2013 dengan
menggunakan passport pelancong.
2.
Untuk makluman YBhg Dato’, saya merupakan seorang Pegawai
Tentera yang sering ditugaskan di luar kawasan (out station) dan juga luar negara.
Dalam setahun, saya dikehendaki menghadiri kursus dan eksesais dalam dan
luar negara sebanyak 3 kali yang setiap kali kursus dan eksesais tersebut
memakan masa lebih kurang 3 minggu atau lebih.
Saya kini telah dikurniakan seorang lagi cahaya mata baru yang baru
berusia 1 bulan dan urusan membesarkannya kini dilakukan oleh isteri yang juga
seorang penjawat awam di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
3.
Saya memiliki 2 orang anak yang berumur antara 1 bulan
hingga 4 tahun. Tujuan saya ingin mengambil
pembantu rumah asing ini adalah untuk membantu menjaga anak-anak sementara saya
dan isteri bekerja nanti. Bersama-sama
ini saya kepilkan salinan Kad Pengenalan Tentera (My Tentera), MyKad Isteri,
MyKid anak pertama, salinan sijil kelahiran anak kedua dan juga bukti
pendapatan saya dan juga isteri. Berikut
adalah butir-butir peribadi pembantu rumah yang setuju bekerja dengan saya:
- Nama : Nama PRA Anda
- No. Passport : A *******
- Warganegara : Indonesia
4.
Saya amat berharap agar permohonan saya ini dapat diluluskan
dengan kadar segera kerana saya akan ditugaskan ke Brunei pada Jun 2013 untuk
eksesais bersama anggota tentera negara-negara Asean. Segala jasa baik Ybhg Dato’ saya ucapkan
jutaan terima kasih.
Yang Benar,
___________________________________
Mejar MHMY
No comments:
Post a Comment